warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www.kawansejati.org/html/program/lib.php on line 582.

0126 Hadis-hadis yang Dikatakan Sebagai Dhaif





0126 Hadis-hadis yang Dikatakan Sebagai Dhaif


Hadis-hadis berikut telah dikenal pasti dan dikatakan sebagai hadis dhaif oleh sebahagian ulama walaupun diterima pula oleh sebahagian besar ulama hadis yang lain. Walau apa pun, jika dikumpulkan semua sekali hadis berkenaan, dapatlah dikatakan dari segi maksudnya, semua yang dikatakan dhaif ini membawa maksud yang satu.

Marilah pula kita lihat sebahagian daripada hadis berkenaan, untuk pertimbangan atau tasawur awal kita.

A.  Ammar bin Yasir RA menceritakan:

"Apabila Nafsuz Zakiyah telah terbunuh, satu suara dari arah langit akan menyeru: 'Pemimpin kamu semua adalah si anu dan si anu.' (iaitu al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim). Berikutan itu, al-Mahdi akan muncul dan akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan."  (Ibnu Tawus, Kitabul Malahim wal Fitan, ms 179)

B.  Abdullah bin Umar RA mendengar ada seorang Arab menyebutkan di hadapannya bahawa al-Mahdi itu adalah Muawiyah bin Abu Sufian. Abdullah RA berkata:

"Itu bukanlah seperti yang kamu kata. Al-Mahdi adalah orang yang Nabi Isa bersembahyang di belakangnya." (Ibnu Tawus, Kitabul Malahim wal Fitan, ms 179)

C.  Mujahid RA menyatakan mengenai Mahdi:

"Seorang sahabat Nabi SAW memberitahuku bahawa al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah Nafsuz Zakiyah mati dibunuh. Pada ketika itulah dia akan mengambil alih pemerintahan dan akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan."  (Ibnu Tawus, Kitab al-Malahim wal Fitan, ms 171)

D.  Seorang tabiin bernama Salmah bin Zafar RH meriwayatkan bahawa pada suatu hari orang ramai sedang berbincang mengenai kemunculan al-Mahdi di hadapan Huzaifah RA. Huzaifah berkata:

"Kalaulah al-Mahdi itu zahir ketika kamu masih dekat dengan zaman kenabian, dan ketika sahabat-sahabat baginda masih hidup di kalangan kamu, maka kamu benar-benar beruntung. Tetapi tidaklah demikian halnya.  Al-Mahdi tidak akan zahir sehinggalah manusia dikelilingi oleh penindasan dan kekejaman, dan tidak seorang pun yang lebih dikasihi dan diharapkan (oleh mereka) melebihi daripadanya."        ( Kitab Al-Hawi Lil Fatawa, Jilid 2, ms 159)

.  Abu Ishak memberitahu bahawa Sayidina Ali KMW ketika memandang anaknya al-Hasan RA, berkata:

“Anakku ini adalah seorang Sayid, seperti yang Nabi SAW menamakan dia. Daripada keturunannyalah akan muncul seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu. Dia akan menyerupai Nabi kamu dari segi akhlak tetapi tidak dari segi rupa.” Kemudian dia menyebutkan riwayat bahawa bumi ini akan dipenuhi dengan keadilan (semasa pemerintahannya).                 (Abu Daud)

Jika kita perhatikan baik-baik kandungan hadis-hadis yang dikatakan sebagai dhaif ini, kita akan dapati bahawa yang sebenarnya dhaif itu adalah rawinya dan juga sanad yang kurang memuaskan. Maksudnya, hadis-hadis itu dikatakan dhaif kerana rawi yang tidak memenuhi salah satu dari lima syarat untuk menjadi sahih, bukan kandungan hadis berkenaan. Kalaulah isi kandungan hadis berkenaan yang dijadikan ukuran sahih atau tidak, ternyata bahawa hadis-hadis berkenaan sebenarnya adalah sahih kerana apa yang diperkatakan oleh hadis tersebut memang telah benar-benar berlaku.

Hanya kerana para ulama mengikut dengan ketat disiplin ilmu Jarah wat Ta’dil yang telah ditetapkan, maka hadis-hadis berkenaan terpaksa dimasukkan ke dalam golongan hadis dhaif, iaitu dhaif dari segi rawi dan sanad sahaja, bukan kandungan hadis berkenaan.

Memang diakui bahawa hadis-hadis yang dikategorikan sebagai dhaif sangatlah banyak, jauh lebih banyak daripada jumlah hadis yang disahkan sebagai sahih dan hasan. Yang disertakan di sini hanyalah sekadar contoh daripada beberapa buah yang memang telah sedia masyhur di kalangan orang ramai sejak dahulu lagi.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer