warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www.kawansejati.org/html/program/lib.php on line 582.

02230 8. Imam Mahdi Membunuh Babi dan Mematahkan Salib





02230 8. Imam Mahdi Membunuh Babi dan Mematahkan Salib


A. Sabda Nabi SAW,

“Al-Mahdi akan datang (memerintah manusia) dengan penuh bijaksana dan adil. Salib-salib akan dihancurkan dan babi-babi akan dibunuh semua sekali. Dia akan membahagi-bahagikan harta (kepada semua manusia tanpa berkira-kira) tetapi (akhirnya) tiada seorang pun yang mahu menerimanya.”

B. Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sudah dekat masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam AS yang menjadi hakim yang adil. Dia akan memecahkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah dan harta melimpah ruah sehingga tiada seorang pun yang mahu menerimanya.”(Muslim)

Peristiwa Imam Mahdi dan Nabi Isa AS mematahkan salib-salib dan membunuh babi-babi sehingga seluruh dunia ini bersih daripada babi-babi dan salib-salib dirakamkan oleh Rasulullah SAW secara berasingan. Kerana itulah ramai yang menganggap hadis mengenai Imam Mahdi mematahkan salib dan membunuh babi sebagai hadis dhaif atau maudhuk sahaja, kerana lazim kita memahami tugas itu adalah tugas Nabi Isa AS, yang dilakukannya selepas berjaya membunuh Dajjal.

Sebenarnya kedua-dua buah hadis ini tidaklah bertentangan kerana jika digabungkan kedua-duanya, maka jadilah Nabi Isa AS dan Imam Mahdi, sama-sama memikul tugas membersihkan muka bumi ini daripada sebarang kekotoran dan lambang-lambang syirik. Selain itu, peranan mereka hanyalah sebagai pemula sahaja, kerana lazim apa-apa yang diperbuat oleh si pemimpin, maka rakyatlah yang akan menyambutnya. Tugas itu akan dipikul bersama-sama oleh orang-orang Islam yang berada di merata-rata tempat sehingga akhirnya bersihlah seluruh muka bumi ini daripada babi-babi dan bangunan-bangunan daripada tanda-tanda salib.

Ada sebuah buku yang ditulis oleh anak murid kepada anak murid Muhammad Abduh, yang isinya cukup melucukan untuk dibaca dan ditatap oleh kita. Di sini penulis salinkan sepenuhnya tulisan beliau. Ejaan dan bentuk bahasa beliau, penulis kekalkan. Lihatlah betapa tidak fahamnya beliau akan kedudukan masalah ini, pandangannya pula amat berat sebelah, amat dangkal ilmu dan kajiannya tetapi masih mahu menulis berdasarkan pandangannya yang sememangnya telah amat bias itu.

3.Kepada keterangan dalam hadits mi’raj, bahwa nabi kita Muhammad saw. ketika naik kelangit dan diketuk pintunya satu demi satu lalu beliau masuk, beliau melihat nabi Isa dan putera bibinya Nabi Yahya dilangit kedua. Cukuplah kelemahan keterangan ini, karena telah ditetapkan oleh kebanyakan para pensyarah hadits yang menerangkan tentang keadaan mi’raj dan berkumpulnya nabi saw. dengan para nabi disana, adalah berkumpul ruh bukan berkumpul jasad. (lihat Fathul Bari, Zadul Ma’ad dll, Al Fatawa Syekh Syaltut halaman 54).

Kata kata Hadits.

Nabi Isa akan memecahkan kayu salib dan membunuh babi, kalau hadits ini maqbul/diterima, lalu diberi arti letterliyk tentu tidak ilmiah dan rationil. Apakah nabi Isa akan masuk kepada setiap gereja yang ada didunia ini untuk memecahkan kayu salib ? Dan pergi masuk ke kota kota, kampung kampung dan hutan hutan untuk membunuh babi ? Karena itu golongan yang melarang ta’wil harus menghadapi arti yang sulit yang tidak ilmiah dan irationil, orang-orang akan memandang bahwa agama ini menyampaikan pelajaran yang tidak ilmiah dan irationil. (I. Z. Abidin, Qiyamat dan Tanda2nya, muka surat 86)

Pandangan beliau adalah benar jika dilihat oleh orang yang mengutamakan akal semata-mata atau oleh orang yang tidak bersifat pemimpin umat. Hanya orang yang bertaraf pemimpin umat sahaja yang dengan mudah dapat melihat keadaan sebenar di sebalik apa yang tersurat daripada hadis-hadis Nabi SAW, ucapan para Sahabat RA dan asar-asar para tabiin dan tabiit tabiin RH. Oleh itu, kepada Allah sahajalah kita memohon agar kita diberikan-Nya hidayah untuk memahami erti sebenar agama Islam yang suci ini.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer