warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www.kawansejati.org/html/program/lib.php on line 582.

Hikmah Tahun Baru







HIKMAH TAHUN BARU




Hikmah Tahun Baru

 

Tahun baru Masihi atau tahun  baru Hijriah walaupun berlainan tempat rujuknya

yang satu dirujuk kepada Nabi Isa yang satu dirujuk kepada hijrah Rasulullah

Namun satu tahun adalah mengandungi 12 bulan

Mengapa satu tahun ada 12 bulan?

Mesti ada hikmah yang tersirat mengapa 1 tahun ada 12 bulan?!

12 bulan masa yang singkat,

kalau dibandingkan dengan masa yang jauh di hadapan buat umur yang panjang

Tapi ia masa yang panjang buat ukuran satu dekad ke hadapan

Di dalam satu tahun ada 12 bulan

setiap insan kenalah muhasabah segala perbuatan,

untuk mengukur kejayaan satu tahun

Kalau satu dekad bagaimana pula kejayaan yang dihasilkankan akan dapat diagakkan

Lebih-lebih lagi umat Islam di dalam satu tahun kenalah  pandang  ke belakang

dan pandang jugalah ke hadapan

Bukan memikirkan hendak menyambut tahun baru secara pesta dan perayaan

Agar kita sentiasa membuat perubahan kepada kebaikan

dan seterusnya menjadi umat yang menguasai dunia global yang gemilang,

Ukuran kejayaan satu tahun kenalah diukur di semua bidang

Dengan itu kita akan dapat mengukur kejayaan

atau kegagalan itu di semua bidang

atau di sesetengah bidang atau di semua persoalan

Aspek yang gagal kenalah buat kajian kerana apa ia gagal,

Yang berjaya diteruskan untuk disuburkan

Umat Islam apabila berhadapan dengan tahun baru

di semua aspek kenalah post mortem bukan sibuk membuat perayaan

Kalau mahulah umat Islam ini  menjadi maju,

bertamaddun dan menempa sejarah gemilang seperti zaman silam

Mari kita buat muhasabah itu atau post mortem!

Muhasabah atau post mortem ada beberapa aspek untuk kita faham,

yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat

Tugas yang  diberi tanggungjawab, bagaimana peranannya,

juga  tanggungjawab  dalam jemaah

Bersifat peribadi adakah kita menghayati rukun iman, mengerjakan rukun  Islam, berakhlak mulia seperti tawadhuk, pemurah,

berkasih sayang,  sabar, redha, pemaaf

Jika ada keluarga tanggungjawab  kita kepada keluarga disempurnakan atau tidak, berkasih sayang, bekerjasama, bertolak ansurkah?!

Jika berjiran hormati jiran atau tidak, selalu memberi bantuan atau sebaliknya,

berlapang dada dengan jiran atau tidak,

jiran susah dibantu atau tidak,

Seterusnya masyarakat sekampung bagaimana pula?!

Masyarakat sekampung adakah kita prihatin kehidupan mereka bekerjasama,

berkasih-sayang, ziarah-menziarahi di waktu lapang

Jika ada tugas atau jawatan didalam kerajaan atau swasta sudahkah kita menyempurnakan tugas itu  dengan baik?!

khidmat kita serius atau sambil lewa, bersungguh-sungguh atau bermalas-malas sahaja

Jika kita masuk mana-mana jemaah sudahkah kita menyumbang untuk jemaah,

berkasih sayang sesama ahli, bekerjasama menguatkan jemaah

Begitulah sepatutnya kita koreksi diri kita di dalam masa setahun

di dalam semua bidang, untuk ukuran

Jika cemerlang diteruskan, jika malang  jangan diulang

yang cacat ditampal, yang baik diteruskan, yang belum wujud difikirkan

dan untuk tindakan

Jika semua warganegara berfikiran begini, setiap tahun muhasabah diri

yang rosak dibetulkan, yang berlubang ditampal, yang kurang ditambah, yang baik diteruskan  bahkan lebih dibaiki lagi

Begitulah setiap tahun terus menerus hingga dekad ke dekad dan seterusnya.

Natijahnya, bangsa dan  negara maju, berkasih sayang,

bekerjasama, Tuhan  disembah, berakhlak mulia

Berlakulah tamadun jasmani, maknawi dan rohani

pada bangsa kita

Bangsa kita bukan sahaja kuat di dalam negara tapi akan jadi empayar dunia

Begitulah bangsa yang benar-benar bertanggung jawab apabila setahun hilang

Bukan setahun yang datang sibuk memikirkan

bagaimana hendak berpesta atau membuat keramaian

Marilah kita tukar cara berfikir, mengubah sikap,

dan memikirkan yang akan datang

Bukan asyik berslogan, berpesta,  berperayaan,

berfoya-foya dan berangan

 

30.11.2002 - 2

Menjelang Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer