warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www.kawansejati.org/html/program/lib.php on line 582.

Imam Mahdi




Imam Mahdi




Siapakah Imam Mahdi

Imam Mahdi adalah seorang ulama, mujaddid, pemimpin dan khalifah yang akan memimpin kebangkitan Islam di akhir zaman.

Imam Mahdi Adalah Seorang khalifah

Imam Mahdi adalah seorang khalifah yang memimpin pemerintahan umat Islam. Penjelasannya dapat dilihat pada hadis berikut:

Dari Abu Said al-Khudri RA dari Nabi SAW bersabda,

“Di antara khalifah kamu adalah seorang khalifah yang mencurahkan harta-benda tanpa mengira-ngira.” (Muslim)

Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda

“Jika umur dunia ini tidak tinggal melainkan sehari sahaja, pasti akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dia memerintah.” (At-Tarmizi)

Dalam hadis di atas disebut bahwa Imam Mahdi akan "memerintah", artinya Imam Mahdi akan memegang pemerintahan. Jadi Imam Mahdi adalah seorang khalifah atau kepala negara sebuah negara Islam.

Nama Imam Mahdi

Imam Mahdi adalah gelar, bukan nama sesungguhnya. Nama sesungguhnya dari beliau adalah Muhammad bin Abdullah. Penjelasan nama Imam Mahdi adalah hadis berikut: telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya :

Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali sehari, niscaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman

Imam Mahdi Adalah Termasuk Dua Belas Khalifah Rasulullah

A. Dari Jabir bin Samurah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Setelah peninggalanku nanti akan ada dua belas orang Amir (Khalifah).” Jabir berkata, “Kemudian baginda bercakap sesuatu yang tidak kufahami, lalu aku bertanya kepada bapaku, lalu dia berkata, “Mereka semuanya dari golongan Quraisy.” (At-Tarmizi)

B. Sabda Nabi SAW,
“Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari kaum keluargaku, yang namanya menyamai namaku.” (Abu Daud)

Bakal Imam Mahdi

Muhammad bin Abdullah as Suhaimi adalah seorang ulama yang diduga kuat akan menjadi Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Beberapa syarat Imam Mahdi telah dimiliki oleh beliau, namun ciri utama Imam Mahdi belum dimiliki, yaitu memimpin suatu negara Islam.

Referensi Bacaan

 

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer