strict warning: Only variables should be passed by reference in /usr/home/www/www.kawansejati.org/html/modules/book/book.module on line 559.

Kaedah Berdakwah


08/09/2006

Di dalam satu keluarga kelas pertengahan, anak-anak dewasa dalam rumah itu ingin mengubah sikap, laku dan pelaksanaan tugas Mak Uda mereka yang baru dikahwini oleh bapa mereka.

Satu daripada episod berkaitan, seperti berikut.
Anak (sudah beristeri)
Mak Uda (telah berusia 62 tahun)

Anak: Saya suka isteri saya menggosok baju dan seluar yang saya pakai. Seluar itu, kalau digosok, licin dan ada side.

Mak Uda: Apa yang membuat awak membawa cerita ini di meja makan ini.

Anak: Tidaklah apa-apa. Hanya kalau seorang lelaki pakai baju yang tidak bergosok, kawan-kawannya akan mengatakan bahawa isteri tak pandai menjaga suami. Kadang-kadang orang lelaki juga bercakap-cakap.

Mak Uda: Oh, itulah kerja pemimpin-pemimpin dalam jemaah ini. Kalau berjumpa bercakap-cakap apa orang perempuan buat atau tidak buat. Patutnya mereka berbincang hal-hal yang lebih besar seperti pembentukan empayar Islam, mengatasi gejala sosial, mewujudkan kepimpinan yang unggul dan perkara-perkara yang besar dan luas. Patutlah jemaah ini herot-berot!

Anak: Bukanlah bercakap mengenai perempuan setiap masa. Sekali-sekala sahaja!

Mak Uda: Apakah sebenarnya yang awak hendak sampaikan?

Anak: (Tersipu-sipu) Sebenarnya saya telah diberitahu bahawa Mak Uda tak menggosok baju ayah. Jadi saya ingat nak menggunakan bahasa sindir untuk menyampaikan mesej ini kepada Mak Uda.

Mak Uda: Oh begitu! kaedah berdakwah mesti mengambil kira masa, tempat dan komunikasi dengan orang yang hendak diubah. Jika dengan orang tua, misalnya tumpu kepada isu kebajikan dahulu dan kenalilah latar belakang penama itu. Jika tidak, awak terpaksa close shop.

Anak: (Dengan memegang dahi) Rupanya banyak lagi perkara yang saya perlu pelajari!

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer