Salah Faham Dalam Menuntut Ilmu Islam


17/05/2006

New Straits Times : Tuesday May 16 2006
Stupid Act - Minister condemns protest against forum on civil and
Syariah laws.......... It is a stupid act if you protest and demonstrate when people are having legitimate discussion and I am not afraid to use that word - Datuk Seri Nazri Aziz

Terpampang besar di dalam akhbar besar yang sudah jadi tabloid berbahasa Inggeris tentang berlakunya demonstrasi dan protes terhadap forum dan perbincangan yang dihadiri oleh beberapa kumpulan dan individu di mana dianjurkan oleh Malaysian Civil Liberaties Society bertempat di Pulau Pinang. Mana-mana individu yang beragama Islam sekiranya menyoroti agenda yang diperbincangkan di dalam forum tersebut boleh naik angin sekiranya tidak dihadapi secara rasional dan penuh hikmah. Sebab pernah juga terbaca di dalam e-mail yang diterima sesetengah agenda yang diusulkan di dalam forum tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini termasuklah melibatkan integriti mahkamah syariah. Pandangan yang diberikan pada asasnya ialah, Malaysia adalah sebuah negara sekular menurut perlembagaan persekutuan, dalam ertikata lain apa juga yang termaktub di dalam perlembagaan tidak boleh dicampur adukkan dengan soal-soal agama.

Memanglah kita merasa sedih kerana agama Islam yang sepatutnya boleh memandu manusia ke arah hidup secara harmoni dan memacu kehidupan yang lebih moden sesuai dengan era sekarang tidak dilihat sebagai jalan
keluar kepada kemelut dan pertikaian yang ditimbulkan oleh sesetengah
pihak yang salah faham dan ini membuka ruang kepada musuh Islam iaitu
Yahudi dan Nasara mengapi-apikan sentimen hak-hak individu menurut
perlembagaan yang telah tercatat di dalam perlembagaan. Maka apabila ada pihak pula merasa tercabar, langkah yang diambil memaparkan ketidakrasionalnya mereka dalam menghadapi situasi sedemikian rupa hingga timbullah demonstrasi, rusuhan malah mungkin sampai berlakunya
pertumpahan darah. Maka dalam hal ini kedua-dua pihakakan rugi dunia dan Akhirat.

Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW lebih 1500 tahun dahulu telah memaparkan kepada kita satu ketamadunan kemanusiaan yang sangat agung. Dikaji oleh para Orientalis untuk mencari kelemahan-kelemahan yang ada pada tamadun tersebut, tapi apa yang mereka jumpa hanya keindahan, demi keindahan sehingga ada di antara mereka mengucap syahadah kerana terpikat dengan apa yang Rasul bawa untuk umat manusia. Perlu diakui hakikat bahawa Islam adalah agama sejagat yang mana mereka boleh terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan, Serani, Iban, Dayak, Senoi, Negrito dan lain-lain etnik yang melata di atas mukabumi ini. Cuma approach atau pendekatan yang dibawa oleh sesetengah pihak yang terkeliru dan tersalah faham terhadap agama Islam yang dianuti menyebabkan banyak pihak "tersinggung" atau takut malahan sampai melabel Islam itu tiada beza dengan lain-lain agama atau anutan kerana dari segi lahiriah umat Islam kini tak jauh beza dengan mereka yang tidak Islam. Cuma membezakan hanyalah dari sudut cara beribadat semata-mata. Selain daripada itu tak ada beza.

Kalau diteliti dengan lebih mendalam, apa yang dikatakan adalah fakta
yang tidak boleh dinafikan. Umat Islam hanya serius dalam hal-hal yang
berkaitan dengan Hablumminallah atau menyentuh ibadah khusus semata-mata. Dan sekiranya ada tambahan, hal-hal berhubung kait dengan institusi kekeluargaan Islam dan juga sedikit tentang perundangan Islam (Mahkamah Syariah). Itu sahaja, dan tak lebih dari itu. Sedangkan Islam yang di bawa oleh Baginda Rasul mencakupi seluruh kehidupan manusia, baik bagi yang Islam mahupun bagi yang bukan Islam. Masalah sebenarnya yang dihadapi oleh umat Islam masa kini ialah kekeliruan dalam memahami falsafah dan hakikat Islam yang Tuhan anugerahkan kepada kita sebagai agama yang syumul sebagaimana yang Allah katakan di dalam Al-Quran yang bermaksud :-

"Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (Kaffah)"

Keseluruhan itu bermaksud masuk secara keseluruhan lahir dan batin supaya di dalam pengamalan lahiriah itu tersembunyi satu kekuatan dalaman yang tiada tandingannya. Islam adalah agama yang syumul. Tiada agama selain Islam boleh memandu manusia untuk hidup bermasyarakat, untuk hidup secara aman dan damai, untuk hidup sebagai bangsa yang berbilang, untuk hidup sebagai bangsa yang maju dan membangun dalam semua aspek kehidupan, untuk hidup sebagai bangsa yang bersistem, untuk hidup sebagai bangsa yang hidup dan matinya untuk Tuhan yang Maha Esa, untuk hidup sebagai bangsa yang memayungi bangsa lain dan beroleh manfaat daripada Islam, untuk hidup sebagai bangsa yang progresif serta proaktif dalam banyak hal, untuk hidup sebagai bangsa yang dipandang tinggi, mulia dan agung oleh bangsa lain kerana bangsa yang dibina daripada agama Islam ini dinaungi oleh Tuhan yang Maha Agung. Tak ada agama lain. Itu fakta dan itu realiti.

Tak ada agama di dunia ini selain Islam yang mengajar umatnya terhibur
dengan kemiskinan dan penderitaan, bersabar dan bersyukur dengan ujian yang menimpa, malah ternanti-nanti pula ujian-ujian seterusnya daripada Tuhan kerana di dalam hati umat Islam tersemat satu keyakinan kuat ujian itu adalah satu penghapusan dosa. Namun fakta dan realiti tersebut hanya terpahat dalam lipatan sejarah lebih 1500 tahun dahulu dan sehingga kini umat Islam gagal memahami kunci atau formula tamadun yang terbina dahulu.

Semuanya adalah kerana umat Islam telah Allah hinakan atas beberapa
faktor yang Tuhan sendiri telah beritahu kita :-

1) Tidak menghubungkan hubungan dengan Tuhan (rasa berTuhan dan rasa kehambaan) dan sesama manusia ( sistem-sistem yang diwujudkan di dalam kehidupan melibatkan interaksi dan berkhidmat sesama manusia yang diajarkan dalam Islam).

2) Umat Islam telah mengidap satu penyakit Al-Wahan iaitu cinta dunia dan takut mati sehingga dibiarkan Tuhan dikeronyok oleh musuh-musuh sesuka mereka.

3) Umat Islam sudah tidak takut akan dosa sehingga mereka tidak dibela oleh Tuhan atas dosa-dosa yang mereka tidak taubatkan.

4) Umat Islam sudah tidak memperjuangkan sunnah Nabi yang terbesar iaitu jemaah yang boleh membawa satu sistem alternatif kepada sistem sekular yang rosak lagi merosakkan.

5) Umat Islam sudah mencuaikan soal-soal taqwa sebagai sumber kekuatan utama dan faktor pembelaan daripada Tuhan.

6) Umat Islam yang memperjuangkan Islam pula sudah terlupa akan jadual yang Tuhan berikan buat mereka untuk kembali gemilang lantas mereka berjuang ikut cara musuh.

7) Umat Islam sudah lupa faktor pemimpin yang Allah janjikan untuk menyelamatkan Ummah iaitu Imam Mahdi sehingga tidak bersedia dengan sungguh-sungguh menyambutnya sebagai Imamul Ummah.

8) Umat Islam tidak mencari dan mengabaikan orang yang akan memperkenalkan Imamul Ummah kepada manusia iaitu Putera Bani Tamim yang sekarang ini sedang berperanan menyediakan tapak kepada pimpinan Ummah kali kedua.

9) Umat Islam mendapat sumber ilmu yang sudah relevan daripada suasana semasa iaitu salah tafsiran daripada Al-Quran dan Hadith dan diburukkan lagi dengan perpecahan (firqah) di kalangan umat Islam.

10) Umat Islam sudah menganggap kekuatan lahiriah itulah kekuatan mutlak dalam berhadapan dengan musuh-musuh yang jauh lebih bersedia daripada umat Islam sendiri dari segi kekuatan lahir walaupun hakikatnya kekuatan Taqwa itulah kunci kemenangan bagi umat Islam.

Demikianlah di antara apa telah Tuhan telah beritahu kita akan
kelemahan-kelemahan kita yang perlu dibaiki secara serius dan intensif
supaya berlaku peningkatan pada jatidiri umat Islam itu sendiri.

Walaupun baru 10 perkara yang diberikan di atas, rasanya adalah
mustahil nak merealisasikan di dalam kehidupan kita tanpa ada orang yang mendahuluinya atau kita nak lihat modelnya dahulu. Namun kalau kita celikkan mata hati kita, tidak prejudis dan berfikiran secara rasional dan waras kita akan dapat melihat satu kelompok sedang memperjuangkan perkara-perkara yang telah disebutkan tadi sehingga terbinanya sistem kehidupan Islam yang syumul boleh dilihat dengan matakepala sendiri. Bukan sekadar cakap-cakap malahan praktikalnya sekali.

Kehidupan yang dibina atas dasar Islam dan iman akan melahirkan tamadun Islam yang hadhari di mana bangsa lain akan melihat dan kagum dengan tamadun yang terbina. Sistem sekular yang diamalkan adalah bertujuan untuk merosakkan kehidupan manusia secara amnya dan umat Islam secara khususnya oleh musuh. Dengan terbinanya satu tamadun Islam bagi menggantikan sistem sekular yang sudah nazak, maka pastilah tidak timbul soal demonstrasi, tak puas hati dan berbagai berantakan yang lain. Kerana sistem Islam itu berkembang secara evolusi, bermula daripada diri, keluarga, jiran tetangga, mukim sehinggalah secara global dan universal. Ianya diterima fitrah kerana Tuhan ciptakan manusia bersama-sama fitrah yang baik tak kira di mana dia berada, dan apapun bangsanya. Islam adalah agama yang mengindahkan lagi fitrah yang sudah dibekalkan malah menjadi seri teladan yang tiada taranya.

Silap faham bersumber daripada ilmu yang tidak tepat, akan melahirkan umat Islam yang jumud (beku) dan jika tidak akan melahirkan umat Islam yang agresif atau militan pula. Keindahan Islam sudah cacat akibat salah faham yang kronik ini. Jadi perlulah kita kembali kepada satu kefahaman yang sebenar pada ajaran Islam demi jaminan keharmonian di dalam kehidupan kerana sekiranya tidak, musuh-musuh Islam tidak pernah tidur dan leka daripada merancang dan mengatur agenda untuk menghancurkan umat Islam selangkah demi selangkah. Berwaspada dan bergeraklah sekarang serta minta Tuhan tunjukkan kepada kita orang mampu memimpin kita sehingga kita boleh membahu membina satu tamadun agung yang pernah terbina lebih 1500 tahun dahulu.

Wallahua`lam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer