warning: Creating default object from empty value in /usr/home/www.kawansejati.org/html/program/lib.php on line 582.

Bentuk Gejala Masyarakat







Bentuk Gejala Masyarakat





Bentuk Gejala Masyarakat

 

Gejala ada dua bentuk, yang nampak di mata yang tidak nampak di mata

Yang nampak di mata dilakukan oleh rakyat jelata

Mereka golongan bawahan yang tidak ada kuasa dan tidak ada kedudukan

di dalam negara

Seperti berlepak-lepak, pergaduhan, sosial yang di luar batas, dadah, vandalism, gangsterism, melawan guru dan melawan ibu bapa

Gejala yang tidak nampak di mata dilakukan oleh golongan atasan

Mereka biasanya ada kuasa dan ada kedudukan di dalam masyarakat dan negara

Gejala ini berlaku di tempat-tempat eksklusif, tempat-tempat tertutup

ada pengawal dan penjaga

Gejala-gejala itu lebih besar lagi daripada yang dapat dilihat oleh mata

Ekonomi runtuh, negara tergugat, politik merbahaya  

mungkin musuh boleh campurtangan di dalam negara

Gejala-gejala itu seperti rasuah, tidak ada semangat bekerja, wang negara disalahguna

Klik-klik dan kroni-kroni diberi peluang istimewa

Projek-projek di tangan mereka, orang yang berkuasa berlindung di sebalik

orang yang diberi projek untuk peribadi mereka

Di antara orang yang berkuasa dan yang diberi projek ada perjanjian-perjanjian

yang tidak nyata

Belum lagi maksiat-maksiat seperti zina di tempat-tempat eksklusif,

perempuan-perempuan simpanan oleh setengah orang penting negara

Mungkin juga kerana wang rahsia negara pun dijual kepada musuh negara

Gejala ini tidak nampak tapi buruknya amat merbahaya

Gejala ini yang merosakkan negara payah hendak dibaikpulih

kerana ia terjadi oleh orang yang berkuasa

Di setengah negara kerana kemarahan rakyat berlaku demostrasi setiap masa

Lagilah negara dan rakyat bertambah rosaknya dan huru-hara, keamanan tergugat, ekonomi bertambah musnah dibuatnya

Amat dahsyat dan buruk sekali dikeranakan gejala yang tidak nampak di mata

Gejala yang nampak di mata hanya gangguan-gangguan dan kesusahan-kesusahan biasa

Adakalanya rakyat pun boleh memberi kerjasama menanganinya

Gejala yang tidak nampak di mata rakyat susah campurtangan menanganinya

Hanya Tuhan sahajalah yang campurtangan yang boleh menyelesaikannya

Ini sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi ramai orang tidak mengetahuinya

Ini berlaku adalah hukuman Tuhan kepada mereka yang derhaka

Sama-sama kena hukum di dunia lagi kerana dosa-dosa mereka

Gejala yang nampak di mata adalah hukuman kepada mereka

membuat angkara yang tidak nampak di mata

Gejala yang tidak nampak di mata adalah sebagai hukuman kepada rakyat jelata

yang derhaka

Begitulah caranya hukuman Tuhan di dunia kepada hamba-hamba-Nya yang derhaka

Kalau tidak insaf dan tidak bertaubat hukuman di Akhirat adalah Neraka

 

16.7.2004 1

Menjelang Maghrib

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer